Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Monday, December 27, 2010

HIJRAH 2011/1432H

                   
                     Hijrah berasal daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud meninggalkan satu tempat untuk menuju ke tempat lain. Ada di kalangan ahli bahasa yang memberi erti hijrah adalah merangkumi hijrah jasmani dan hijrah rohani. Maksud hijrah jasmani ialah meninggalkan satu-satu tempat. Manakala hijrah rohani pula ialah meninggalkan satu-satu sikap, kepercayaan, akidah, emosi dan tasawur serta menggantikannya dengan yang lain.
                     Hijrah amat terkenal di kalangan umat Islam kerana ia berkait rapat dengan peristiwa perpindahan Rasulullah s.a.w daripada Mekah ke Madinah dan juga merupakan tarikh permulaan pengiraan tahun Islam. Hijrah lahiriah atau perpindahan badan dari satu tempat ke satu tempat atau dari satu negeri ke negeri yang lain merupakan sesuatu yang mudah dilakukan oleh manusia. Sememangnya manusia kerap berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan tujuan yang tertentu. Saidina Jaafar ibn Abi Talib dengan rombongannya telah berhijrah ke Habsyah untuk menyelamatkan diri dari tekanan pihak musyrikin Quraisy yang begitu dahsyat. Ramai para sahabat r.a selepas itu telah berhijrah ke Madinah untuk menyelamatkan akidah mereka dari diancam oleh musyrikin Mekah.

selanjutnya..http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=492


 

Wednesday, December 15, 2010

Monday, November 15, 2010

BALAI CERAP PURBA


Boyne Valley Mounds di Newgrange, Knowth dan Dowth yang dibina sekitar tahun 3200 SM menjadikannya balai cerap yang tertua didunia berbanding Stonehenge di England dan Pyramids of Giza di Mesir. Ia dibina oleh masyarakat Neolitik yang bercucuk tanam sekitar 5000 tahun lalu dimana laluan kubur-kubur disekitar kawasannya diselarikan dengan matahari terbit di soltis musim dingin di Newgrange dan ekuinoks matahari terbit di Loughcrew. Newgrange dan Knowth merupakan kuil nenek moyang yang menjadi tempat astrologi, kerohanian, keagamaan dan istiadat ketika zaman kegemilangannya.

Orang Mesir purba begitu popular dengan ilmu pengetahuannya yang tinggi didalam ilmu geometri, matematik dan astronomi. Pembinaan piramid giza  bagi upacara ritual, astrologi dan keagamaan ini berasaskan kepada ilmu-ilmu tersebut. Salah satu pencapaian mereka adalah pembinaan sistem kalender yang berhubung dengan cerapan bulan. Pada tahun 3000 sebelum masihi, mereka telah mencipta kalendar suria yang terdiri dari 365 hari berdasarkan terbitan helious bintang Sirius yang bersamaan dengan waktu soltis musim panas dan waktu banjir tahunan sungai Nill.

 Stonehenge adalah struktur awal yang dipercayai telah digunakan sebagai balaicerap pada 3000 dan 2000 S.M. Pembinaan balai cerap ini selari dengan pergerakan matahari dan bulan. Malah paksi utama bagi monumen ini menghadap ufuk (kaki langit)  ketika matahari terbit pada pagi pertengahan musim panas yang merupakan hari yang mempunyai tempoh waktu yang paling panjang dalam setahun. Masyarakat yang kebanyakkannya bertani pada ketika itu menggunakan pengetahuan sebegini untuk tujuan. 



Chichén Itzá merupakan sebuah rumah ibadat bagi kaum Mayan yang terletak ditengah hutan Mexico di Yucatán Peninsula. Seperti kebanyakkan aspek sejarah Mayan, sejarah Chichén Itzá kabur dan tiada sebarang rekod bertulis mengenainya. Bentuknya seakan-akan piramid yang terdiri dari 90 anak tangga bagi keempat-empat bucu binaan dan 360 anak tangga di setiap sisinya yang menandakan jumlah tetap hari-hari dalam tahun kalendar Mayan. Ini menunjukkan bahawa mereka telah mengkaji ilmu astronomi pada ketika itu malah terdapat banyak catatan angka di dalam mahupun diluar bangunan yang berhubung hukum peredaran objek di langit. Mereka juga telah menjalankan pemerhatian astronomi yang begitu tepat; peta pergerakan bulan dan planet setaraf atau lebih baik berbanding kebudayaan tamadun lain. Pengiraan Maya terhadap tahun matahari adalah lebih baik berbanding takwim Gregory.


KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR

DATARAN CERAPAN,SURAU ,RUANG PAMERAN,BILIK SYARAHAN,BILIK REHAT,PLANETARIUM,PERALATAN ASTRONOMI

Monday, November 1, 2010

CERAPAN RASMI ZULHIJJAH 1431H

PADA 6 NOVEMBER 2010

Thursday, October 14, 2010

ASTROFOTO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR PANTAI ACHEH

Gambar-gambar ini telah diambil oleh Muhammad Firdaus Bin Lutfee

Tuesday, September 28, 2010

AKTIVITI OKTOBER 2010



 8 OKT   CERAPAN HILAL ZULKAEDAH 1431H


15 HINGGA 17  OKT  LAWATAN  MA'AHAD AL MASHOOR DI PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR


20 HINGGA 21 OKT    LAWATAN SK BANDAR BARU SINTOK  DI PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR


22  OKT          LAWATAN JABATAN MUFTI NEGERI TERENGGANU






terima kasih di atas kesudian anda mengunjungi kami di Pusat Falak Sheikh Tahir


Monday, September 27, 2010

LAWATAN POLITEKNIK SEBERANG PERAI

21 SEPTEMBER 20100- Lawatan yang disertai daripada kalangan pensyarah dan pelajar disambut sekitar pukul 7 malam.Selepas solat magrib,pelawat diberi taklimat ringkas berkaitan bagaimana penentuan awal bulan Hijrah,Sejarah Pusat Falak Sheikh Tahir dan kajian yang sedang dijalankan di Pusat Falak Sheikh Tahir,kebetulan pada malam itu berlakunya Oposisi Musytari .Pelawat dibawa ke dataran cerapan untuk melihat langit malam dengan menggunakan Teleskop selain diajar cara membaca peta bintang secara ringkas.Semoga objektif rombongan yang telah datang ini sedikit sebanyak dapat memanfaatkannya.amin..

Tuesday, September 21, 2010

Planet Musytari 21 september 2010



Raja bagi segala planet, Musytari akan berada di posisi Istiqbal yang cukup istimewa pada tahun ini. Berdasarkan kiraan falak, Musytari kali ini akan berada pada kedudukan istiqbal pada 21 Sep 2010.

Apa dia Istiqbal?

Istiqbal merupakan satu istilah yang merujuk kepada satu kombinasi kedudukan matahari, bumi dan planet-planet di 'belakang' orbit Bumi (seperti Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptune).
Apabila istiqbal berlaku, ketiga-tiga objek tersebut akan berada di dalam kedudukan garis lurus, dengan Bumi berada di tengah-tengah.
Di dalam kes kali ini, Musytari, Bumi dan Matahari akan berada di dalam satu garis lurus. Apabila Matahari terbenam ketika maghrib, Musytari akan terbit di ufuk timur.
Selain dari itu, jarak di antara Bumi dan Musytari ketika itu juga adalah yang paling hampir, maka planet tersebut akan dilihat lebih besar daripada biasa (tetapi tak lah sampai sebesar bulan!!!!)
Oleh itu, waktu istiqbal kali ini ialah waktu yang paling sesuai untuk mencerap planet Musytari

Tahukah anda ?

*musytari m.engambil masa 12 tahun untuk mengorbit lengkap matahari untuk kembali pada oposisi bumi.
*jarak oposisi musytari pada 21 September 2010 adalah 592.2 juta km dimana ia merupakan planet yang paling dekat dengan bumi ketika oposisi berbanding planet planet yang lain.
*merupakan planet yang terbesar dalam sistem suria 
*fenomena oposisi ini dijumpai pada tahun 1963
*Musytari mengorbit pada kelajuan 8 batu/saat berbanding bumi yang mengorbit bumi pada kelajuan 18 batu/saat disebabkan orbit bumi lebih kecil jika dibanding orbit Musytari. 
* kedudukan' perihelion ' iaitu Musytari berada paling dekat dengan matahari dan paling dekat dengan bumi
*Planet ini dapat dilihat 30 peratus lebih besar dari asal Musytari dari bumi dan terdapa transit bayang bulan io yg mengorbit musytari..



 *maklumat lanjut sila layari Falak online 

                             Rajah: kedudukan planet Musytari                                      




   Rajah: Planet Musytari




Monday, September 6, 2010

AKTIVITI SEPTEMBER 2010 DI PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR

8 SEPTEMBER 2010

CERAPAN HILAL RASMI SYAWAL 1431H


21 SEPTEMBER 2010

LAWATAN POLITEKNIK SEBERANG PERAI



 *  TEAM FALAKPENANG SENTIASA MENGALUKAN KEDATANGAN ANDA KE 
 PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR,PANTAI ACHEH

Friday, September 3, 2010

PENGUMUMAN KEPUTUSAN TENDER

DIMAKLUMKAN KEPUTUSAN TANDER

MERANGKA.MENCETAK,MEMBEKAL DAN MENGEDAR TAKWIM SOLAT NEGERI PULAU PINANG 1432H

NO TENDER/SEBUTHARGA/UNDI
SH/JMN/PP/1/2010


NAMA SYARIKAT: PENCETAKAN GAYA WARNA SDN BHD
ALAMAT SYARIKAT : NO. 10 JLN  KEMUNTING 4 TMN KEMUNTING
NO PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN : 357- 02094263

* TEMPOH KEMUKAKAN BANTAHAN BERMULA PADA 1HB SEPTEMBER SEHINGGA 14H SEPTEMBER 2010.

SEBARANG MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI LAMAN WEB E- PEROLEHAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG


Monday, August 23, 2010

Aktiviti Ogos 2010



24 OGOS 2010

Pameran dan Cerapan  @ Tabung Haji, Bayan Lepas


26-27 OGOS 2010

Pameran dan Cerapan @ Masjid Permatang Haji Hassan,Pokok Sena, SPU


Jangan ketinggalan,,jom jejaki kami....
 

Tuesday, August 17, 2010

HUJAN METEOR

Pernahkah anda tiba-tiba terlihat coretan cahaya yang terang dan bergerak sangat laju dalam masa yang sangat pantas di langit malam yang cerah? Coretan cahaya yang anda lihat itu sebenarnya adalah  meteor. Meteor adalah coretan cahaya akibat dari meteoroid memasukki atmosfera Bumi. Disebabkan ia bergerak sangat laju dengan kelajuan diantara 11 hingga 74 kilometer sesaat menyebabkan ia mengalami geseran dengan udara seterusnya ia akan terbakar dan meruap. Kebanyakan meteoroid yang menyebabkan meteor adalah bersaiz kecil seperti ketulan batu jalan. Meteor biasanya terjadi pada lapisan mesosfera pada altitud diantara 75 km hingga 100 km. Bulan Ogos ini diramalkan akan berlaku meteor yang dinamakan meteor Perseid. Dijangkakan mulai hujung Julai hingga ke pertengahan Ogos kita boleh melihat banyak meteor pada langit malam dan kemuncak meteor Perseid  ini ialah pada tarikh 12-13 Ogos. Tahun ini dikatakan sebagai tahun yang paling baik untuk mencerap meteor Perseid kerana pada tarikh tersebut langit tiada cahaya Bulan. Cahaya Bulan dan lampu yang terang menghalang kita melihat coretan cahaya meteor tersebut. Dari manakah asalnya meteor Perseid? Sebenarnya meteor Perseid ini berasal dari sisa peninggalan komet Swiff-Tuttle. Komet ini telah ditemui oleh dua orang ahli astronomi iaitu Lewis Swift dari Marathon, New York, USA pada 16 Julai 1862 dan  Horace Parnell Tuttle dari Balai Cerap Kolej Harvard di Cambridge, Massachusetts, USA pada 19 Julai 1862. Kemudiannya komet ini dinamakan Swiff-Tuttle sempena nama dua orang penemu komet tersebut. Setiap tahun apabila Bumi  melintasi bekas laluan orbit komet ini, sisa komet akan merempuh atmosfera Bumi dan menyebabkan meteor terjadi. Meteor ini dinamakan Perseid sempena buruj Perseus di mana di buruj inilah kita akan melihat meteor ini berpunca.
Pada kemucak meteor ini pada 12-13 Ogos dijangka kita boleh melihat bilangan meteor yang banyak diantara 60 hingga 100 meteor setiap jam. Bagaimanakah cara untuk melihatnya? Pilih tempat yang lapang dan gelap yang tiada pencemaran cahaya dari lampu jalan atau lampu limpah, semakin kurang pencemaran cahaya semakin jelas kita dapat melihat meteor. Boleh mulakan mencerap pada lewat malam sehingga subuh kerana dijangka meteor ini akan banyak dalam waktu dan tarikh tersebut. Untuk lebih selesa kita boleh mencerap sambil berbaring dan lihat di bahagian langit Utara. Mencerap meteor tidak memerlukan teleskop, cukup dengan mata kasar sahaja. Cerapan juga boleh dilakukan  sehari sebelum atau selepas dari tarikh kemuncak tersebut. Sambil mencerap rekodkan berapa banyak bilangan meteor yang anda dapat lihat pada malam itu. Kita juga boleh merakamkan meteor ini dengan menggunakan kamera digital, jika ada kamera digital SLR lebih baik. Fokuskan kamera anda kepada infiniti dengan dedahan selama beberapa minit. Fenomena meteor yang banyak mencurah memasukki atmosfera  dalam satu masa  juga dinamakan sebagai hujan meteor. Pengalaman menyaksikan hujan meteor ini cukup menarik, oleh itu jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena ini. Walau bagaimanapun fenomena ini bergantung kepada keadaan cuaca dan kejenihan langit malam tersebut, jika cuaca mendung atau hujan atau berjerebu akan menghalang kita untuk melihat fenomena ini. 




Written by Kassim Bahali   
Monday, 16 August 2010

Friday, August 13, 2010

CERAPAN HILAL RAMADAN 1431H

10 OGOS 2010   - 29 Syaaban merupakan hari yang ditunggu pada setiap tahun bagi penentuan kenampakan Hilal Ramadan yang menandakan bermulanya  bulan Ramadhan dimana Jawatankuasa Falak Negeri yang dilantik oleh Duli- Duli Yang Maha Mulia Raja- Raja yang diwujudkan telah hadir dan terdiri daripada Mufti Kerajaan Negeri (Pengerusi), Ketua Hakim Syarie, Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan (beragama Islam), Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri, seorang ulamak/ahli falak, Pegawai Tadbir Agama Daerah dan Pegawai Hal Ehwal Islam(Setiausaha)

         Sambutan meriah turut diberikan daripada penduduk setempat dimana pada tahun ini mencatat sejarah apabila kunjungan daripada orang ramai diluar jangkaan. Majlis yang bermula pada jam 6.00 petang dengan ketibaan tetamu kehormat dan disusuli dengan taklimat cerapan Hilal Ramadhan 1431H.Selepas Taklimat Jawatankuasa Falak Negeri dibawa ke dataran cerapan bagi menentukan awal Ramadhan.

        Setelah dipersetujui dan disaksikan oleh Jawatankuasa yang dilantik maka Y.Bhg S.S Datuk Haji Hassan Bin Haji Ahmad telah mengistiharkan Anak Bulan Ramahan 1431H tidak kelihantan,namun telah mencukupi syarat sah kenampakan hilal.

        .::. SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN 1431H.::.
 

Thursday, August 12, 2010

HARI KELUARGA JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG

24 -25 JULAI 2010      Aktiviti tahunan Hari Keluarga Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang telah diadakan di Cinta Sayang Resort & The Carnival bertempat di Sungai Petani Kedah.Pelbagai aktiviti telah diatur antaranya memanah dan bermain goft.Turut dijalankan adalah aktiviti sukaneka yang berlangsung di The Carnival seperti tarik tali dalam air,tiru gaya dan sebagainya.Aktiviti Bertambah meriah pada sebelah malam dimana acara makan malam yang diselitkan dengan cabutan bertuah.Turut hadir padaProgram ini ialah S.S Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang,Datuk Haji Hassan Bin Haji Ahmad.

             Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan siratulrahim di kalangan kakitangan dan ahli keluarga.Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi...Insyallah...


Thursday, July 22, 2010

HARI TERBUKA PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2010





 

8 OGOS 2010  Detik Sejarah berlangsungnya Hari Terbuka Pusat Falak Sheikh Tahir 2010.Pelbagai aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan lancar dan berjaya.Kali ini kunjungan yang diterima lebih meriah berbanding tahun sebelunnya dengan adanya empat orang kakitangan yang ditugaskan di Pusat Falak Sheikh Tahir dalam membantu menjayakan program ini.Program ini juga telah mendapat liputan dari Media, antaranya Sinar FM dan The STAR sisipan Metro.
    Justeru itu ,Pihak Jabatan Mufti Mengalukan kedatangan anda lagi pada  hari terbuka Pusat falak yang akan datang bagi memperkenalkan lagi Fungsi balai Cerap Di Malaysia Terutama Pulau Pinang.
    Majlis Perasmian Hari Terbuka 
Pusat Falak Sheikh Tahir 2010

  Program Tunas Muda Falak  
                        Pelancaran Roket Air                                     

Wednesday, July 14, 2010

CERAPAN LANGIT MALAM @ MASJID SERI AMPANGAN NIBoNG TEBAL

13 JULAI 2010  Team Falakpenang berkunjung ke Masjid Seri Ampangan ,Nibung Tebal di atas jemputan Jawatankuasa Masjid tersebut.Sedikit talimat berkaitan ilmu Falak di dalam Kuliah Maghrib telah disampaikan oleh Ustaz Aminuddin Bin Mohd Hapeze.Aktiviti diteruskan dengan cerapan langit malam dengan dibantu oleh team dari Muzium & Galeri Tuanku Fauziah bersama- sama kelab Astronomi USM.

Keadaan langit yang diselubungi kelompok- kelompok awan telah melindungi buruj buruj di langit,walau bagaimanapun aktiviti menjadi menarik dengan tayangan vedio Astronomi dan sedikit taklimat yang disampaikan oleh Dr Chong (USM).


terima kasih di atas jemputan Team Falakpenang ke lokasi anda...

Monday, July 12, 2010

LAWATAN MAAHAD MASHOOR

9-10 JUN 2010  Lawatan Pelajar Maahad Al- Mashoor disambut oleh kakitangn Pusat Falak Sheikh Tahir dengan hati terbuka.Bermula pada jam 7 petang, pelajar ditunjukkan cara cerapan matahari diambil dengan menggunakan teodolite.suasana yang cerah dibahagian ufuk telah menampakan matahari terbenam dengan begitu jelas.Selepas cerapan  pelajarmenunaikan solat secara berjamaah.Taklimat berkaitan Pusat Falak telah dibentangkan oleh Us Aminuddin Bin Mohd Hapeze selapas solat.
      Aktiviti diteruskan dengan membuat BBQ kemudian cerapan lagi malam.Suasa menjadi menarik pada pada itu,tetapi malangnya keadaan langit berawan dan tidak dapat membuat cerapan.Walaubagaimanapun sedikit pengenalan berkaitan penggunaan teleskop telah ditunjukkan olek kakitangan Pusat Falak kepada pelajar.
       Pada keesokan paginya kursus Pengiraan Arah kiblat dijalankan sebagai satu maklumat atau pendedahkan awal kepada pelajar mengenai penentuan arah kiblat.Jutaan terima kasih diatas lawantan ini ke Pusat Falak Sheikh Tahir,Team Falakpenang mengudur diri dulu jumpa lagi ..wassalam...

Thursday, July 1, 2010

KARNIVAL FALAK PULAU PINANG 2010

26-27 JUN 2010   Merupakan tarikh keramat dimana buat julong kalinya Karnival Falak berlangsung di luar kawaasan USM dan dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama USM,Muzium & Galeri Tuanku Fauziah(USM),Jabatan Pelajaran Pulau Pinang,Pejabat Agama Daerah Kepala Batas dan Ahli Jawatan Kuasa Masjid At- Taqwa.


Sepanjang dua hari karnival Falak ini berlangsung,pelbagai aktiviti telah diaturkan dan dijalankan dengan sempurna.Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak dan pengujung yang sudi hadir.





PERALATAN FALAK