Boyne Valley Mounds di Newgrange, Knowth dan Dowth yang dibina sekitar tahun 3200 SM menjadikannya balai cerap yang tertua didunia berbanding Stonehenge di England dan Pyramids of Giza di Mesir. Ia dibina oleh masyarakat Neolitik yang bercucuk tanam sekitar 5000 tahun lalu dimana laluan kubur-kubur disekitar kawasannya diselarikan dengan matahari terbit di soltis musim dingin di Newgrange dan ekuinoks matahari terbit di Loughcrew. Newgrange dan Knowth merupakan kuil nenek moyang yang menjadi tempat astrologi, kerohanian, keagamaan dan istiadat ketika zaman kegemilangannya.
Orang Mesir purba begitu popular dengan ilmu pengetahuannya yang tinggi didalam ilmu geometri, matematik dan astronomi. Pembinaan piramid giza bagi upacara ritual, astrologi dan keagamaan ini berasaskan kepada ilmu-ilmu tersebut. Salah satu pencapaian mereka adalah pembinaan sistem kalender yang berhubung dengan cerapan bulan. Pada tahun 3000 sebelum masihi, mereka telah mencipta kalendar suria yang terdiri dari 365 hari berdasarkan terbitan helious bintang Sirius yang bersamaan dengan waktu soltis musim panas dan waktu banjir tahunan sungai Nill.
Stonehenge adalah struktur awal yang dipercayai telah digunakan sebagai balaicerap pada 3000 dan 2000 S.M. Pembinaan balai cerap ini selari dengan pergerakan matahari dan bulan. Malah paksi utama bagi monumen ini menghadap ufuk (kaki langit) ketika matahari terbit pada pagi pertengahan musim panas yang merupakan hari yang mempunyai tempoh waktu yang paling panjang dalam setahun. Masyarakat yang kebanyakkannya bertani pada ketika itu menggunakan pengetahuan sebegini untuk tujuan.
No comments:
Post a Comment