Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Tuesday, July 12, 2011

Angkasawan Negara di Konvensyen Astronomi Penang 2011

Dengan membawa tema kali ini "Generasi Unggul Astronomi Masa Depan " menjadikan  Konvensyen Astronomi Penang 2011  pada kali ini terus menarik pengunjung dengan dimuatkan dengan berbagai aktiviti astronomi yang berlangsung dari 7-9 julai 2011.Majlis Perasmian  yang telah disempurnakan  oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ,T.Y.T Tun Dato ' Seri Utama  (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas . Konvensyen yang saban tahun diadakan  telah menarik perhatian lebih 10,000 pengunjung dengan dimuatkan beberapa aktiviti antaranya  Demonstrasi Water Roket ,Spektrohelioskop, Cerapan Menjejak Sunspot, Pertandingan mewarna kanak-kanak,pertandingan pameran terbaik di antara Sekolah Angkat Falak Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang selain dari pameran yang melibatkan agensi berkaitan .Sebanyak 10 agensi  kerajaan telah terlibat antaranya  Jabatan Mufti Negeri Sembilan , Kompleks Al-Khawarizmi Melaka dan lain-lain agensi dari pihak swasta.
 
Bagi menyerikan lagi konvensyen pada kali ini, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang  dengan kerjasama Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan program  " Bicara Ilmu"  yang mengupas hikmah  penciptaan Alam Semesta yang disampaikan oleh Sahibul Fadhilah, Us Salahuddin bin Hj Ghozali,Timbalan Mufti Negeri Pulau Pinang serta penjelasan Isu Taqwim dan implikasi pada dunia islam yang telah disampaikan oleh Prof. Dr Abdul  Halim b Abd Azis dari Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera , Universiti Sains Malaysia. Cerapan Langit juga turut  diadakan  di Padang kawad  dengan dihadiri oleh ahli astronomi samaada profesional atau amatur.
Datuk Dr Sheikh Muzaffar Shukor sudi berkongsi pengalaman beliau pada pengunjung sempena Konvensyen Astronomi Penang 2011
Pada hari ketiga , konvensyen pada kali ini telah diserikan lagi  dengan penampilan istimewa  Angkasawan Negara,  Datuk Sheikh Muszaphar Shukor, telah meluangkan masa bersama pengunjung terutama sekali para pelajar walaupun hanya 30 minit. Dalam sesi tersebut,beliau  berkongsi pengalaman  semasa latihan di Russia serta saat -saat manis di Stesyen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan   memberi   beberapa  tips bagi  mereka yang berminat untuk menjadi  seorang angkasawan negara pada masa akan datang.Sesi bergambar bersama Angkasawan Negara menjadi acara terakhir dalam kemuncak konvensyen pada kali ini.Semoga dengan tema yang dipilih pada konvensyen Astronomi pada kali ini   diharap menjadi suatu titik tolak kepada melahirkan generasi yang unggul dari segi ilmu pengetahuan,serta pengalaman dalam menyulusuri dunia  yang serba mencabar pada alaf milenium ini.

Thursday, June 16, 2011

Program Cerapan Gerhana Bulan

Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Masjid Daerah Jawi ,Seberang Perai Selatan telah mengadakan Program Cerapan Gerhana bulan dan Solat Gerhana Bulan. Tujuan program ini di cetuskan adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat islam khususnya berkaitan fenomena gerhana serta panduan berkenaan kaifiat solat gerhana bulan.Program ini bermula dengan Pameran falak yang diadakan di ruang legar masjid.Para hadirin yang datang selepas solat asar mula membanjiri ruang pameran falak yang sarat dengan khazanah ilmu falak.Pada malamnya ,para jemaah yang hadir dihidangkan pula dengan diskusi Ilmu berkkaitan fenomena Gerhana Bulan dari pandangan Islam.Us Norzli dari jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang selaku moderator dengan digandingkan dengan Us Faizal b Jani dari Jabatan Mufti Perak serta Us Mohd Isa b Abdul Rahman telah mengupas panjang lebar berkaitan fenomen gerhana bulan malah lebih berkat lagi berlaku dalam bulan rejab.Walaupun cuaca kurang mengizinkan untuk melihat proses gerhana bulan berlaku,para jemaah tidak berganjak serta tidak mahu melepaskan peluang untuk melakukan amalan solat sunat gerhana bulan yang diimamkan oleh Us Hanif Izmir yang bermula pada pukul 4.00 pagi.
Mengikut sunatullah fenomena alam, pada awal pagi tadi , Bulan akan memasuki kawasan bayang Bumi mulai jam 2.23 pagi. Serentak dengan ini, bayang gelap Bumi mula kelihatan di permukaan Bulan. Bayang gelap ini akan menutupi keseluruhan cakera Bulan tepat jam 3.22 pagi untuk selama 1 jam 40 minit. Fasa gerhana Bulan penuh ini akan berakhir kira-kira jam 5.03 pagi, tetapi bayang gelap di permukaan Bulan akan terus kelihatan sehingga jam 6.03 pagi. Solat sunat gerhana Bulan (khusuf) di Malaysia bolehdilakukan sebaik sahaja bayang gelap Bumi mula kelihatan di permukaan Bulan kira-kira jam 2.23 pagi sehingga gerhana berakhir jam 6.03 pagi.


PERALATAN FALAK