Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Monday, May 7, 2012

                      3 mei 2012  Ucapan selamat datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Onn, Butterworth kerana sudi menjengah kami di sini. Prgram yang bermula seawal 10.00 pagi dan berakhir pukul 12.00 tengah hari sedikit sebanyak telah memberi info berkenaan fungsi Balai Cerap. Taklimat Pusat Falak yang disampaikan oleh Us Jamil Nordin menjadi tumpuan dan bertalu-talu soalan telah diajukan oleh pelajar-pelajar kemudian disusuli dengan Taklimat Astronomi yang disampaikan oleh Encik Zulhelmi. Lawatan singkat daripada SMK Dato' Onn ini diharapkan dapat menjadikan titik permulaan bagi pelajar mengenali ilmu falak.


Terokai Astronomi, Terokai Ilmu Falak...

No comments:

Post a Comment

PERALATAN FALAK