Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Tuesday, September 6, 2011

Fenomena ogos 2011


 CERAPAN PLANET



          Marikh. Tahun 2011 bukanlah tahun yang menarik untuk Marikh. Planet ini tidak kelihatan pada awal tahun kerana ia terbenam bersama-sama dengan matahari. Ia hanya boleh kelihatan menjelang bulan Julai dan kekal menjadi planet sebelah pagi sehinggalah hujung tahun ini.
         Musytari. Pada awal tahun 2011 ini, Musytari merupakan satu-satunya planet cerah yang berada di langit selepas Maghrib. Sebaik sahaja senja melabuh, ia akan berada tinggi di atas kepala ke arah Barat sedikit. Menjelang bulan April, ia akan semakin rendah setiap hari dan terus hilang dari pandangan. Menjelang akhir Mei, ia akan mula muncul pula di langit sebelah Subuh dan akan terus mendominasi langit sebelah pagi sehingga hujung tahun 2011.


ISTIQBAL PLANET 

16 Sep - Ceres (Planet Kerdil)
26 Sep - Uranus

        Istiqbal merupakan suatu fenomena yang berlaku terhadap semua objek yang berada di  langit. Ketika berlakunya istiqbal, objek tersebut akan berada berlawanan arah daripada matahari di langit.
Ini bermakna, sebaik sahaja matahari terbenam, objek tersebut akan terbit di timur. Dan ia akan kelihatan di langit sepanjang malam sehinggalah matahari terbit.Ini bermakna ia adalah hari yang paling sesuai untuk cerapan. 

No comments:

Post a Comment

PERALATAN FALAK