Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Monday, February 28, 2011

JENIS METEOR DI MALAYSIA

3-4 Jan: Quadrantids. Dianggarkan sekitar 40 meteor sejam pada waktu kemuncaknya iaitu diantara 3- 4 Jan. kemunculannya pada buruj Bootes .

21-22 Apr: Lyrids. Meteor ini boleh dicerap diantara tarikh 16-25 April dan dianggarkan menghasilkan sehingga 20 meteor sejam pada waktu puncaknya. Kemunculannya di buruj Lyra.

5-6 Mei: Eta Aquarids. Hanya sekitar 10 meteor sejam pada waktu puncak. Kemunculan pada buruj Aquarius.

28-29 Julai: Southern Delta Aquarids. Sebuah lagi meteor yang muncul di dalam buruj Aquarius. Cerapannya mulai 18 Julai hingga 18 Ogos. Pada tarikh puncaknya, sehingga 20 meteor boleh dilihat.

12-13 Ogos: Perseids. Merupakan meteor yang cerah dan cantik untuk dicerap. Sehingga 60 meteor sejam boleh dilihat pada tarikh puncak. Namun kita sudah mula dapat melihatnya bermula 23 Julai hingga 22 Ogos. Kemunculan di dalam buruj Perseus.

6-10 Oktober: Draconids: Tahun ini, dijangkakan akan berlaku letusan meteor yang banyak. Kiraan awal menunjukkan Bumi akan melintasi kawasan debu Komet 21P/Giacobini-Zinner yang padat kali ini. Sekitar 2 meteor seminit dijangka dapa dilihat. Kemunculannya di dalam buruj Draco.

21-22 Oktober: Orionids. Boleh menghasilkan sehingga 20 meteor sejam dari kawasan buruj Orion. Waktu puncaknya agak sukar diramal, dan boleh berlegar antara 20-24 Ogos, walaupun berdasarkan rekod, tarikh 21 Ogos adalah yang terbaik.

17-18 Nov: Leonids. Boleh menghasilkan sehingga 40 meteor sejam pada puncaknya. kemunculannya adalah di buruj Leo.

12-13 Dis: Geminids. Merupakan meteor yang paling jelas kelihatan. Konsisten menghasilkan sehingga 60 meteor sejam pada waktu puncak. Sudah boleh dilihat mulai 6 hingga 19 Disember. Kemunculan adalah dari buruj Gemini.

No comments:

Post a Comment

PERALATAN FALAK