Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Monday, January 17, 2011

Tahukah Anda?

Musytari ialah planet  yang terbesar dalam sistem suria .Ia boleh memuatkan 1,300 planet  Bumi didalamnya.Musytari mempunyai 63 buah bulan dimana 23 daripadanya ditemui pada2001 sahaja.Bulannya  yang  terbesar ialah Ganymede,dan ia bersaiz lebih besar daripada planet Utarid dan Pluto.Saintis percaya bahawa gunung berapi terbesar dalam sistem suria kita terletak di planet Marikh.Gunung berapi Olympus Mons adalah tiga kali lebih  tinggi daripada Gunung Everest  dengan saiz sebesar negeri New Mexico.Musytari, Zuhal ,Uranus  dan Neptune adalah bergas-planet-planet ini tidak mempunyai permukaan pejal.Tompok Merah Besar Musytari sebenarnya adalah ribut besar  yang sedang melanda sejak beratus tahun lamanya.Keluasannya menyamai tiga planet Bumi.

No comments:

Post a Comment

PERALATAN FALAK