Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Wednesday, March 17, 2010

LAWATAN KELAB REMAJA 'JIM'

15 MAC 2010-Ketibaan rombongan dari Kelab 'JIM'  seramai 75 orang yang dianggotai daripada kalangan pelajar-pelajar sekolah disambut baik oleh krew Falakpenang di Pusat Falak Sheikh Tahir,Pantai Acheh.
        Sesi taklimat berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir telah dibentangkan oleh Ustaz Jais dan Ustaz Yusof,dan turut dibantu oleh Ustaz Jalil di dalam pengendalian teleskop bagi membuat cerapan Planet Marikh pada malam itu.
        Malangnya kedatangan mereka tidak dapat melihat hilal Rabiuakhir 1431H disebabkan  kemuncul pada 16 Mac 2010 pada pukul 5.01 pagi.akan tetapi sempat jugak Krew Falakpenang menrangkan prosedur cerapan hilal dibuat.Bagi mereka itu sudah memadai..
        Kelihatan kepuasan di wajah rombongan pada malam itu,sebelum kepulangan mereka,Krew falak penang sempat memberi cenderamata kepada pengiring rombongan ini sebagai tanda kenang kenangan......diharapkan ketibaan mereka di lain hari....krew Falakpenang sentiasa menerima kunjungan anda.....

Rajah 1:Penerangan ringkas berkaitan Pusat Falak Sheikh tahir kepada rombongan kelab 'JIM'



Rajah 2:Aktiviti cerapan Planet marikh pada malam lawatan.


Rajah 3:Penerangan mengenai kaedah cerapan hilal dibuat yang disampaikan oleh Ustaz Yusof.

No comments:

Post a Comment

PERALATAN FALAK