Pages

INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012

Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.

Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )




Monday, March 22, 2010

FALAK ON THE STREET 'QUEENSBAY'

Assalamualaium/salam sejahtera...

      Kali ini Krew Falak Penang jelajah ke perkarangan Queensbay bersama-sama Krew USM.Suasana bermula pada jam 8 malam.Krew yang hadir menjalankan tugas masing-masing,ada yang membuat edaran risalah,ada yang 'setup' teleskop dan ada yang ditugaskan memberi penerangan kepada orang ramai tentang kewujudan planet yang dapat dilihat pada malam itu.
      Suasana menjadi meriah apabila bermula jam 9 malam ,orang ramai berpusu-pusu datang setelah menyedari kehadiran kami di situ.Kemunculan bulan sabit dan Planet Zuhal menjadi kemuncak aktiviti pada malam itu.Tapi malangnya kehadiran kami tidak mengizinkan sehingga lewat malam.Di sebalik langit malam yang cerah menjadi kabul dari pandangan mata,turut mengundang hujan yang tidak diundang.Mungkin rias wajah pengujung menggambar sedikit kekecewaan.Tapi jangan risau.!!.Krew falakpenng akan muncul di lokasi lain pulak.....jom bersama-sama kami...


Rajah 1:sebahagian pengunjung yang hadir bagi menyaksikan keindahan langit malam.



Rajah 2:Aktiviti cerapan  langit malam menggamit pengujung  tanpa mengira usia.




Rajah 3: Pemasangan teleskop oleh krew falakpenang

No comments:

Post a Comment

PERALATAN FALAK