Tidak disangkakan program yang dianjurkan oleh Kelab Astronomi USM dengan kerjasama Jabatan Mufti Pulau Pinang yang berlangsung di Pusat Falak Sheikh Tahir pada 11 dan 12 Ogos 2013 ini mendapat sambutan di luar jangkaan . Lebih kurang 300 orang pengunjung yang datang pada malam itu. Peristiwa Hujan Meteor Perseids pada hari tersebut dianggarkan sebanyak 60 meteor/ jam sekitar kemuncaknya. Namun hanya dua meteor sahaja dapat dilihat disebabkan cuaca dan taburan awan yang banyak.
Pages
INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012
Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.
Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )
Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )
Thursday, August 15, 2013
Wednesday, July 10, 2013
Cerapan Rasmi Ramadan 1434H di Pusat Falak Sheikh Tahir
Alhamdulillah, pada 8 Julai 2013 (Isnin) Cerapan Rasmi Hilal Ramadan
1434H telah diadakan di Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Balik
Pulau, Pulau Pinang.
Program Cerapan dimulakan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Syazalie Herman Bin Ahmad Najib, diteruskan dengan taklimat Cerapan Hilal Ramadan oleh Dr. Abd Halim Bin Abd Aziz kepada semua Ahli Jawatankuasa Rukyah Negeri. Tepat jam 07.15 malam Cerapan Hilal Ramadan dimulakan.
Seramai seratus orang pengunjung menghadiri program Cerapan ini, yang terdiri daripada pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang serta masyarakat sekitar Balik Pulau, Pulau Pinang. Antara tetamu kenamaan yang turut hadir adalah YB. TKM 1 Negeri Pulau Pinang, dan YDP MAIPP.

Subscribe to:
Posts (Atom)