Pada 20 Februari 2010 (Sabtu) yang lalu, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (JMNPP)telah menganjurkan Program Sehari Bersama JMNPP yang dianjurkan di Masjid Ar-Ridwaniah Sungai Batu, Pulau Pinang. Team falak Penang juga turut menyertai program dengan menanjurkan Kursus Penentuan Arah Qiblat yang telah disertai oleh guru-guru dan ahli Qaryah masjid Sungai Batu. Kursus tersebut telah dikendalikan oleh Ustaz Anuar dan telah dibantu oleh team Falak Penang yang lain. Selain itu, kuliah Y. Bhg. S.S Dato' Haji Hassan Haji Ahmad (Mufti P.Pinang)turut diadakan selepas maghrib. Cerapan langit malam diadakan selepas Isyak oleh team Falak Penang, dengan dibantu oleh Krew yang tidak asing lagi, Krew MGTF USM.Pada malam tersebut cerapan planet marikh dan bulan sahaja yang dijalankan untuk memberi peluang kepada masyarakat yang hadir di masjid tersebut. Program cerapan tamat pada jam 12.00 tengah malam. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program tersebut..JUMPA LAGI....
Pages
INFO PUSAT FALAK SHEIKH TAHIR 2012
Kami dari warga kerja Pusat Falak Sheikh Tahir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua para pengunjung yang telah sudi datang ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun lepas.Semoga kedatangan tahun baru ini memberi seribu kegemilangan serta inspirasi dalam menterjemahkan ilmu Falak ini kepada masyarakat.kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke Pusat Falak Sheikh Tahir pada tahun ini dengan kami menyajikan pelbagai maklumat yang terkini serta menjanjikan pameran yang menarik,sarat dengan info falak serta instrumen astronomi dalam suasana yang penuh kehijauan yang menenangkan.
Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )
Sebarang pertanyaan serta maklumat terkini berkaitan Pusat Falak Sheikh Tahir,sila hubungi :Encik Zulhelmi b Mohd Yusof di talian : 04-8664836 ( waktu pejabat 8.00 pagi -5.00 petang )
Friday, February 26, 2010
Wednesday, February 17, 2010
Jelajah 'Langkawi National Observitory'
Kembara krew falakpenang telah sampai ke Lokasi yang ingin dituju 'Pulau Langkawi' untuk menimba ilmu dalam bidang pengimejan dan pemprosesan gambar astronomi bersama-sama En Kayzack di Observatori Negara Langkawi yang berlangsung pada 3-7 Februari 2010 yang lalu.Turut terlibat dalam menjayakan bengkel ini adalah krew MGTF USM dimana hasil program ini sedikit sebanyak telah dapat menjana pengetahuan berkaitan bengkel yang telah dijalankan .Tergamam seketika ketika melihat penggunaan ccd kamera yang canggih di observitori dan peralatan berteknologi tinggi.
kembara dilangkawi diteruskan lagi aktiviti-aktiviti cerapan di SK kadawang,Pantai Kok dan Dataran Lang..
kembara dilangkawi diteruskan lagi aktiviti-aktiviti cerapan di SK kadawang,Pantai Kok dan Dataran Lang..
Aktiviti cerapan matahari yang di cerap di Pantai Kok.
'terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama kepada
krew falakpenang & MGTF USM'
Subscribe to:
Posts (Atom)

