Pada 20 Februari 2010 (Sabtu) yang lalu, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (JMNPP)telah menganjurkan Program Sehari Bersama JMNPP yang dianjurkan di Masjid Ar-Ridwaniah Sungai Batu, Pulau Pinang. Team falak Penang juga turut menyertai program dengan menanjurkan Kursus Penentuan Arah Qiblat yang telah disertai oleh guru-guru dan ahli Qaryah masjid Sungai Batu. Kursus tersebut telah dikendalikan oleh Ustaz Anuar dan telah dibantu oleh team Falak Penang yang lain. Selain itu, kuliah Y. Bhg. S.S Dato' Haji Hassan Haji Ahmad (Mufti P.Pinang)turut diadakan selepas maghrib. Cerapan langit malam diadakan selepas Isyak oleh team Falak Penang, dengan dibantu oleh Krew yang tidak asing lagi, Krew MGTF USM.Pada malam tersebut cerapan planet marikh dan bulan sahaja yang dijalankan untuk memberi peluang kepada masyarakat yang hadir di masjid tersebut. Program cerapan tamat pada jam 12.00 tengah malam. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program tersebut..JUMPA LAGI....

